Saturday, January 15, 2011

MENGULAS CABARAN UMMI HAFILDA - KENAPA ANWAR DAN PAS SERTA PAKATAN RAKYAT TAKUT!

SALAM TAHUN BARU 2011.

KAPAK MENYEPI SELAMA HAMPIR 1 BULAN KERANA URUSAN NIAGA DI DALAM & LUARNEGARA. SO, SEKARANG TERLUANG WAKTU UNTUK TERUS AKTIF BERBICARA DAN BERDISKUSI DI ALAM BLOG. APA YANG AMAT MENARIK DI AWAL TAHUN 2011 INI, GELAGAT ANWAR DAN PAKATAN PEMBANGKANG YANG MACAM CACING KEPANASAN. KENAPA ANWAR PUCAT LESI BILA HAFILDA MULA BERSUARA SEMULA. BAGAIMANA REAKSI PAK BENGGALI KARPAL YG MEMANG LIDAH BERCABANG YG DULU MENGAKUI ANWAR MENJUBUR TETAPI SEKARANG BILA DAH BERKAWAN KENAPA DIAM MEMBISU, DIMANA BUKTI YANG BELIAU ADA DULU!!!! HEHEHE SENJATA MAKAN TUAN...

RAKYAT MALAYSIA YANG BERAKAL NILAI LAH SENDIRI GELAGAT ANWAR DAN RAKAN2NYA DAN PAS YANG DAH TERANG-TERANG MELACURKAN AGAMA DEMI POLITIK USANG MEREKA!!!!

RAKAN2 BLOG LIHAT SEDUTAN AKHBAR UTUSAN HARI INI!!!!15/01/2011.

"Cabaran debat Ummi Hafilda “hanya soal nyamuk” – Anwar

15/01/2011 2:21pm

KEMAMAN 15 Jan. – “Itu hanya soal nyamuk”, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.

Ummi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran debat itu ketika ditemui pada majlis “Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti UMNO” di Kampung Geliga, di sini, hari ini yang dirasmikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai cabaran debat yang dibuat oleh Ummi Hafilda pada Khamis lepas itu, Anwar berkata, beliau menyerahkan kepada Presiden Pas untuk menjawab isu berkenaan.

Abdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar; Azmin; Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail; peguam, Karpal Singh; dan parti Pas kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata:

"Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab”. – Bernama

KAPAK, hanya ingin mengulas reaksi si Anwar Gay & Pak Lebai Kulub Hj Hadi yang menyatakan " hanya nyamuk dan biar nyamuk yang menjawab " . Ingat lar wahai dua insan yang rasanya menggelar diri mereka hebat!. Nyamuk juga makhluk Allah, mungkin punyai nafsu dan citarasa dan boleh melawan dengan menggigit. Jangan diperkecil kebolehan nyamuk2 ini, kerana dek nayamuk lar ramai insan manusia mati dek penyakit denggi yang hingga waktu ini tiada lagi ubat yang hakiki.

Insan yang bernama Ummi Hafilda juga ada hak dan kebebasan bersuara dan wajar menyatakan demi kebenaran yang ingin dinyatakan. Kenapa TAKUT hendak menghadapinya jika ia tidak BENAR. KAPAK yakin Anwar , Hadi dan KARPAL takut dengan bayang2nya sendiri kerana rakyat akan sudah pasti akan dapat dan menyatakan kebenarannya. Satu lagi, Insya Allah akan datang/timbul satu makhluk Allah yang akan memperlihatkan apa yang sebenarnya berlaku dan aktiviti lampau si Anwar ini. Tunggu dan Lihat!.

Ia bukan petikan ataupun putaran video tetapi dengan izin dan kudrat dan iradat Allah yang akan menunjuk melalui paparan TV/Skrin/Dinding bagaimana kelakuan Anwar dan aktivitinya masa lampau. Tiada alat eletrik seperti vcd mahupun camera TETAPI ia akan muncul bila dicabar untuk menegakkan kebenarannya. Itulah kuasa Allah. Oleh itu, kita sebagai makhluk jangan terlampau riak dan bangga diri dan rasa amat hebat dan menidakkan hak orang lain. Begitu juga Pak Lebai Hadi, jgn lar sebabkan politik baba yang hak dan bathil diletakkan ketepi demi mengagungkan seorang rakan dalam kumpulan dan menutup mata tentang keaiban yang dilakukan selama ini.

Pak Lebai Hadi, jangan nak mencanang PAS ganti UMNO, kerana dua parti Islam ini wajar berdiskusi dan duduk semeja demi memertabatkan ISLAM dibumi Malaysia. Bukan Pak LebaI Hadi kesana sisi mencanang "PAS GANTI UMNO" TETAPI mungkin sebalikknya "UMNO LUPUSKAN PAS DALAM MEMBAWA ISLAM DAN MEMERTABATKANYA DIMATA DUNIA ISLAM".

KAPAK yakin demi Allah dan Rasulnya. jika ini perangai PAS, ia kan membawa rebah dan Islam akan menjadi lembam di bawah PAS kerana sifat jumud dan riak wasangkanya. Selagi PAS masih diterajui oleh Pak2 Lebai macam ni ia tidak akan membawa perubahan dadalam membawa Islam ke mertabat yang diharapkan.

Sudah sampai masanya, PAS wajar diterajui oleh Pelapis muda yang lebih moderat dan fleksible serta bersatu dengan UMNO dalam membawa kecemerlangan Islam dan kebahgiaan sejagat di Malaysia. Ini sajalah jalan yang ada dan terbaik demi kecemerlangan Islam. PAS wajar TOLAK semua Pak2 Lebai Nyanyuk didalam PAS.

Begitu juga di dalam UMNO, mana2 individu yang tidak berjuang berlandaskan Islam dan kecemerlangannya wajar diketepikan. UMNO juga perlu dibersihkan dari individu2 penyangak yang tidak membawa sebarang ketemadunan Islam. UMNO juga wajar diterajui oleh Pelapis Muda yang lebih mahukan Islam sebagai wadah perjuangan yang sah. Kerana hanya perjuangan Islam sejati sahaja yang akan membawa kekukuhan dan Kecemerlangan Ummah!.

DEMI MENCAPAI CITA2 ITU, UMNO dan PAS wajar ada pembaharuan dan pembersihan dari individu yang bervirus. Ia wajar dan harus dilakukan segera demi kecemarlangan Umat Islam dan Bangsa Melayu serta Kesultanan Melayu terus terjaga dan terbela. Istana juga sudah mula membawa perubahan didalam mendekati dan mendaulahkan Islam sebagai entiti yang mulai dan teragung.!!!!

Monday, October 11, 2010

LANJUTAN KOMEN KEPADA CORETAN “IKUT SUKA AKU” [dibawah]

KAPAK BERPENDAPAT MASA YANG PALING SESUAI UNTUK SESUATU PENYATUAN BANGSA MELAYU ISLAM BERMULA DISINI!!!.

Kapak merasakan apa yang sedang Masyarakat Malaysia hadapi terutamanya Masyarakat Melayu Islam terutamanya di Kelantan iaitu di Gua Musang adalah satu Pilihanraya kecil di DUN Galas di atas pulangnya ke rahmatullah penyandangnya dar PAS. Mungkin ini juga satu kemungkinan yang ALLAH nak beri ujian kepada hambanya terutamanya masyarakat disini mahupun di seluruh Kelantan, adakah peristiwa ini akan membawa satu rentetan sejarah yang akan diingati oleh anak cucu kita di masa akan datang, bahawa disinilah sesuatu yang ajib yang akan membawa berlakunya satu “Penyatuan Bangsa Melayu Islam” di bumi Malaysia/Tanah Melayu ini. Dan ia juga bertepatan pula dengan situasi yang sama berlaku di Palestin, dimana Fatah dan Hamas juga sedang merungkai berkaitan perbezaan pendapat, walaupun mereka semua bersaudara, SeIslam.

Berkemungkinan Watak2 seperti Tengku Razaliegh Hamzah, Dato Mustapha Muhamad, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hj Hadi Awang, Tuan Guru Nasaruddin akan memulakan langkah2 yang telah disarankan oleh Nabi Muhammad SAW, agar Umat Islam bersatu demi maruah Agama, Bangsa & Tanah Air.

Perlu diingat, karismatik seorang Pemimpin yang berkaliber dan berpengaryh bukan boleh dibuat2. Ia adalah anugerah Allah, jadi Umat Islam pperlu menefaatkan golongan kepimpinan yang ada ini samada dari pihak UMNO mahupun PAS agar dapat duduk semuja berunding bukan dengan niat nak membangga diri siapa yg lebih berhak dan hebat karismatiknya TETAPI lebih kepada penghayatan kepada tuntutan AGAMA dan juga takut akan azhab ALLAH. Sesiapa yg dipilih mungkin tidak penting, TETAPI misi dan visi serta keterampilannya di mata rakyat jelata dan hubungannya dengan Kerjaan Pusat serta keakrabannya dengan pihak Istana juga perlu diambilkira.
Untuk itu jugalah, KAPAK dengan rasa rendah diri berpendapat agar kerusi DUN Galas tidak perlu dipertandingkan kerana sebab-sebab di atas tadi (itu perkara pokok). Namun, terdapat juga sebab2 lain yang memberikan kredit kepada cadangan tersebut :-

i. Menjimatkan duit Rakyat bila terlalu kerap mengadakan pilihanraya.

ii. Jika berlaku pertandingan, berkemungkinan besar calon2nya adalah Orang Islam dan Melayu juga. Dan, ia lebih banyak mengundang konflik serta dosa2 kering bila berlaku umpatan dan cacian diantara satu dgn lain.

iii. Masa yang digunakan untuk berpilihanraya dapat digunakan untuk kerja2 amal serta terus-terusan membantu rakyat Kelantan yg betul2 mengharapkan juadah pembangunan dibawa ke daerah mereka.

iv. Penyatuan Melayu dapat dimulakan dengan pembahagian samarata kerusi2 pengurusan Kerajaan Negeri Kelantan disamping meletakkan calon2 yang layak dan berwawasan untuk mengemudi negeri Kelantan dengan kepakaran dan kehebatan masing2 yang ada di kalangan DUN2 negeri Kelantan. Ingat ini bukan hanya untuk suka2 memegang jawatan kerana Tanggungjawap dan amanah Negari/Negara adalah amat besar nilainya. Jadi ia bukan boleh dibuat semberono sahaja. Ia juga akan ditanya oleh Allah di Padang Masyar nanti!.

v. Perubahan Kepimpinan Kelantan perlu dilakukan dan ia adalah amat di harapkan agar satu kompromi yang jitu dan tegas perlu diwujudkan.

vi. Kapak juga merasakan jika perkara di atas ini boleh diterjemahkan dengan baik maka umum akan bersetuju agar Kepimpinan Kerajaan Kelantan diberikan kepada Tengku Razaliegh Hamzah untuk Mengemudi Jawatan Menteri Besar, dan jawatan timbalan dipegang oleh Tuan Guru Nik Aziz. Rasionalnya, perlantikan tersebut akan menjadi jambatan yg kukuh antara Kerajaan negeri & Kerajaan Persekutuan. Bila keakraban ini terjadi sudah tentu banyak program2 pembangunan yang boleh dijalankan di Negeri Kelantan dan berbagai tuntutan sebelum ini juga boleh dirungkai dengan jayanya. Untuk itu, fikir2kan lah demi kebaikan Negeri Kelantan dan juga anak-anak Negeri Kelantan.

vii. Tengku Razaleigh Hamzah juga adalah orang Istana, mungkin dengan perlantikan tersebut juga akan mengimbangi kemelut Istana Kerajaan Negeri Kelantan dan dapat dicanai dengan baik dan saksama.

viii. Sebagai sesuatu yang baru, kejayaan ini juga akan merungkai perbedaan pendapat dan akan dapat juga menyelesaikan berbagai perbalahan selama in. Kejayaan dan perlaksanaan pembangunan Projek2 Mega akan mula tumbuh dan melimpah khusus utk direbut oleh anak anak negeri Kelantan.

ix. Kapak, yakin dengan rentetan keayaan tersebut itu nanti akan memberikan impak ke Negeri2 lain seperti di Kedah, Perak dan Selangor, dan mungkin juga di Pulau Pinang.

x. Dan yg terakhirnya, dengan Penyatuan Bangsa Melayu Islam ini akan memperkukuh, bukan sahaja ukhwah kita sesama Islam, malah ia juga akan memperkukuh pegangan ekonomi Bangsa Melayu di Tanah Air sendiri.

Namun, apapun saranan yg diberikan ini, ia tidak akan bererti jika segala cadangan, teguran dan usulan yang membina ini untuk anak watan dan kekuatan umat Islam ini, tidak mahu untuk diterima pakai oleh kumpulan Kepimpinan Parti Parti Melayu yang berjuang secara berpuak2 dan berpatisan. Kenapa masih mahu menafikan gesaan yang amat baik oleh Nabi Muhammad SAW agar umatnya bersatu hati? Apakah tanda cinta dan sayang kepada Nabi Muhammad SAW itu hanya seperti menanam tebu dibibir mulut? Lain di mulut lain pula dihati?

Perlu di ingat, jika kita masih meletakkan lain selain kepentingan Agama dan Nabinya di tahap yang lebih atas, berbanding dengan kepentingan Agama dan Nabi Muhammad SAW. yg lebih utama, maka tunggu lah azab ALLAH yang Maha pedih. Amaran ini bukan hanya untuk UMNO, PAS malah lain2 makhluk yang sewaktu dengannya. Ambillah teguran ini dengan hati yang terbuka dan “berfikirlah diluar kotak minda” kita bahawa usul dan gesaan ini boleh diterjemahkan dengan perbuatan dan keputusan.

Sekian Wassalam.

Saturday, May 29, 2010

Umat Islam mesti miliki kekuatan unggul

PEKAN 28 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, umat Islam perlu mempunyai kekuatan yang menyeluruh untuk menjadi umat yang unggul dan cemerlang.
Menurut Perdana Menteri, umat Islam akan menjadi umat yang lemah dan hilang upaya sekiranya hilang kekuatan, sebagaimana yang berlaku kepada umat Islam di Palestin.
Tambah beliau, kegagalan umat Islam untuk memiliki kekuatan menyeluruh seperti yang disarankan dalam agama boleh menggagalkan hasrat untuk melahirkan umat Islam yang cemerlang dan berjaya.
"Kalau kita hendak memacu umat Islam ke arah umat yang unggul dan cemerlang, maka kita perlu kepada asas paling penting sekali iaitu kekuatan.
"Kita mesti ada kekuatan sebagaimana yang dituntut oleh Islam iaitu bersifat menyeluruh, sebab itu Islam disebut agama yang syumul, lengkap dan tiada yang lengkap selain Islam.
''Tetapi, kalau kita berjuang hanya untuk mencari satu aspek sahaja dan (perkara) lain kita tidak ambil peduli, maka tidak akan sampai hasrat kita hendak melahirkan umat cemerlang kerana tidak ada kekuatan sebenarnya," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Imam Muda Peringkat Daerah Pekan di Masjid At-Taqwa, Peramu Jaya di sini malam ini anjuran bersama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia kawasan Pekan dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.
Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Perdana Menteri berkata, umat Islam sewajarnya menjadikan Palestin sebagai contoh terbaik untuk membina kekuatan menyeluruh bagi mendepani cabaran mendatang.
Katanya, kegagalan umat Islam di Palestin membina kekuatan menyebabkan negara mereka yang besar pada suatu ketika dahulu kini hanya tinggal dua bahagian kecil iaitu Tebing Barat dan Gaza, sementara rakyat Palestin yang hidup di luar pula jauh lebih ramai berbanding di dalam negara sendiri.
Kelemahan umat Islam Palestin juga, jelasnya, telah menyebabkan Masjid Al-Aqsa iaitu masjid suci ketiga umat Islam selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, dikuasai oleh bangsa Yahudi, manakala umat Islam Palestin pula tidak dibenarkan solat di sana kecuali golongan tua.
"Tidak ada contoh lebih jelas bila masjid ketiga teragung dalam Islam tidak lagi dalam kawalan orang Islam sebabnya bila kita tidak ada kekuatan, kita boleh dijajah. Bukan setakat dijajah, tetapi agama kita boleh dikawal oleh orang lain," katanya.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menyifatkan program imam muda merupakan satu usaha untuk membina kekuatan di kalangan umat Islam oleh institusi masjid bagi meneruskan kesinambungan daripada kelahiran imam-imam cemerlang sebelum ini.
Dalam konteks ini, Perdana Menteri turut menasihatkan para peserta program supaya mencontohi imam muda di zaman Rasulullah seperti Amru bin Salamah yang hanya berusia tujuh tahun tetapi mampu menjadi imam disebabkan ketinggian ilmunya.
"Kalau ilmu kita tinggi, kita juga boleh jadi seperti Amru bin Salamah iaitu menjadi imam dan (juga) memainkan peranan membangunkan kariah sebab peranan imam sekarang makin mencabar," katanya.
Dalam pada itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mengucapkan terima kasih di atas peruntukan RM25,000 yang diberikan kerajaan negeri Pahang kepada Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia kawasan Pekan untuk menjalankan kegiatan keagamaan.
Terdahulu, Jamil Khir dalam ucapannya berkata, program imam muda itu akan diperluaskan ke seluruh negara dalam usaha melahirkan imam dan masjid cemerlang bagi membina kembali kekuatan di kalangan umat Islam.

Umat Islam mesti miliki kekuatan unggul
KAPAKTAJAM, ingin mengulas sedikit luahan hati seorang Perdana Menteri, yang begitu sayangkan Agama dan Bangsanya. Jelas dihati beliau yang mahukan Bangsa Melayu di Malaysia ini bercantum menjadi satu dan kuat, seperti di Zaman Kemashyuran Kerajaan Melayu Melaka.

KAPAKTAJAM, mengambil peluang ini untuk menggesa Bangsa Melayu berfikir semula sewaras2nya apakah keuntungan pada Bangsa Melayu dan Islam di Negara ini jika asyik berpecah, becakaran dan bermusuhan. Lihat lah Kaum Cina walaupun berbeza pendapat dan ideologi politiknya TETAPI apabila Bab Kaum mereka, mereka akan tetap bersatu memperjuangkan Nasib Kaumnya. Disini jelas ukhwah mereka amat kuat dan mereka yang mengamalkan sunnah Nabi, TETAPI apa dah jadi dengan Umat Melayu dan Islam nih? Usahkan berbaik dan bertegur sapa, malah mengkafirkan antara satu sama lain. Kafir atau tidaknya Bukankah itu kerja ALLAH. Mengapa manusia yg hina dina ni menyebok nak mengambil hak Allah. Fikirkan lah pada mereka yg konon hebat dalam agama.!
Bangsa Melayuku. Buang lah yg keruh ambil yg jernih, kuatkan Bangsa Melayumu?

PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA PADA SABTU 29HB. Mei, 2010.